Voice Your Opinion And Get Rewards From YouthSays

Friday, December 11, 2009

Resepi sumbangan kawan2

PUDING CENDUL

PUDING CENDUL  - CARI Makan & Resipi

Bahan-bahan

1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara Memasak

1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh..
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.

PUDING LAPIS

PUDING LAPIS - CARI Makan & Resipi

Bahan-bahan

1 paket agar-agar [30 gram]
6 cawan air
250 gm gula
1 tin susu cair
pewarna merah,kuning dan hijau

Cara Memasak

1. Rebuskan agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
2. Masukkan gula dan masak sehingga mendideh.
3. Tapiskan dan masukkan susu cair.
4. Bahagikan agar-agar pada 3 mangkuk yg sama banyak.
5. Masukkan warna yg berlainan pada 3 mangkuk.
6. Tuangkan 1 bahagian [mangkuk] dalam acuan dan sejukkan.
7. Bila agar2 hampir beku tuangkan lagi 1 bahagian yg lain dengan perlahan [supaya warna tidak bercampur dengan warna yg lain] .
8. Lakukan sama dngan bahagian yg akhir.
9. Sejukkan dan hidangkan.

NOTA
sementara agar-agar beku, mangkuk agar2 yg lain diletakkan dalam loyang yg berisi air panas supaya agar2 dalam mangkuk itu tidak beku.

NASI PAPRIK AYAM

NASI PAPRIK AYAM - CARI Makan & Resipi

Bahan-bahan

500 gm isi ayam [boleh juga gunakan ayam..potong kecil
6 biji cili api [diketuk]
3 ulas bawang merah [dimayang halus ]
2 ulas bawang putih[dimayang ]
1 btg serai [diketuk]
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang [dipotong pendek]
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
daun limau purut [ koyakkan]

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila kekuningan, masukkan cili api.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
4. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
5. Biarkan ayam lembut.
6. Hidangkan ngan nasi putih.

AYAM MASAK HALIA

AYAM MASAK HALIA - CARI Makan & Resipi

Bahan-bahan

500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan.

Kerutub Ayam

Kerutub Ayam - CARI Makan & Resipi

Bahan-bahan

1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan kisar...
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara Memasak

1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

DAGING GORENG LADA HITAM

DAGING GORENG LADA HITAM - CARI Makan & Resipi

Bahan-bahan

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

RENDANG TOK

RENDANG TOK  - CARI Makan & Resipi

Bahan-bahan

1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara Memasak

1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2.. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment